Mengkudu (Morinda tinctoria; Morinda citrifolia) boleh dijadikan jus
untuk diminum. Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut
negara. Contohnya “Noni” (Hawaii, Polynesia); “Nono” (Tahiti); “Lada”
(Guam); “Indian Mulberry” (India); “Painkiller tree” (Kepulauan
Caribbean); “Nhau” (Sebahagian di Asia Tenggara); “Cheesefruit”
(Australia); “Bumbo” (Afrika) dan “Kura” (Fiji).
Mengkudu mengandungi bahan “xeronine”.
Dr. Ralph M. Heninicke, Ahli Biokimia, University of Hawaii, Amerika
Syarikat merupakan perintis kajian buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau
menemui kompoun alkoloid “proxeronine” dalam buah mengkudu secara tidak
sengaja ketika mengkaji enzime “bromelin” dalam buah nenas. Kandungan
“proxeronine” dalam buah mengkudu adalah 800 kali berbanding paras yang
terdapat dalam buah nenas.
Jadi, buah mengkudu amat berguna kepada kesihatan manusia. Buah mengkudu
mengandungi zat pencetus “xeronine” yang dipanggil sebagai
“proxeronine” di samping terdapat enzim yang membantu “proxeronine”
membentuk “xeronine”.
Kepentingan xeronine :
• Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam
tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine
dan proxeronase.
• Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu
membesarkan liang pada usus kecil – sekali gus mempercepatkan serapan
bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.
• Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.
• Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu
melambatkan proses penuaan. Biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam
di atas garam, atau di dalam beras. Apabila sudah masak ia boleh dimakan
begitu sahaja. Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan.
• Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus
melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing
manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi. Daun mudanya boleh
digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika
direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin. Kulitnya berguna bagi
mengubati penyakit Malaria. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat
penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir,
hidung tersumbat dan pendarahan otak.
Antara khasiat buah mengkudu :
• Sistem pernafasan – melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh.
• Sistem penghadaman – perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit,
muntah-muntah, tidak hadam makan dan masalah keracunan makanan.
• Sistem kardiovaskular – mengurangkan tekanan darah tinggi dan merendahkan aras kolesterol.
• Gangguan dalam tubuh – kencing manis, sakit kepala, migraine, sakit ginjal dan buah pinggang.
• Mulut dan tekak – radang tekak, sakit gusi, sakit gigi dan batuk.
• Penyakit kulit – bisul, luka dan ulser kulit.
• Lain-lain – meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik,
merekah tumit kaki, mengurangkan penyakit batuk, penyakit kuning dan
demam panas.
• Bagi wanita yang baru lepas bersalin – daun mengkudu boleh digunakan
untuk mengecutkan rahim. Caranya ialah dengan membalut daun mengkudu itu
dengan kain dan dipanaskan untuk bertungku.
• Justeru itu, mengkudu boleh digunakan sebagai bahan awet muda.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar